Saya pernah membaca buku yang bertajuk PENDIDIKAN RABBANI yang ditulis oleh Prof. Dr. Sidek Baba. Katanya pendidik tidak boleh disamakan dengan pengajar. Ia bukan sahaja berbeza dari segi istilah, malah jauh berbeza antara konsep dan peranan.
Pengajar lebih banyak dihubungkan dengan proses melatih dan memberi keterampilan. Contohnya, mengajar seseorang tentang kemahiran mekanikal, vokasional dan teknikal supaya dia tahu mengamalkan kemahiran itu. Atau lebih ringkasnya adalah proses pemindahan ilmu.
Manakala, bagi insan yang bergelar pendidik, peranannya amat besar. Bukan sahaja menyampai dan memindahkan maklumat, namun memberi asas asuh, pupuk dan membentuk peribadi dan sahsiah pelajarnya.Pada dirinya terdapat contoh dan pekerti yang baik ketika mendidik. Pendidik mempunyai kesabaran, keikhlasan, amanah, adil, timbangrasa dan lain-lain kualiti peribadi yang amat penting dalam proses pendidikan.
Faktor nilai yang ada pada seorang pendidik itu membolehkan manusia mengetahui batasan sesuatu perkara sama ada dibolehkan Penciptanya atau tidak.
JUSTERU, ANDA YANG MANA SATU..PENGAJAR ATAU PENDIDIK?
Marilah sama-sama kita menjadi pendidik kerana generasi yang kita didik itu adalah aset yang sangat berharga demi masa depan negara.
Sabtu, Disember 27, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)








Tiada ulasan:
Catat Ulasan